How i survive selepas dapat result spm yang biasa-biasa je?
Hi topik ni agak sukar untuk aku cerita senanya sebab it's hard times for me but mungkin dengan aku kongsi cerita ni dapat lah tolong someone bangkit balik. Pada mulanya, agak sukar aku terima takdir dan kenyataan Allah bahawa result spm aku ni biasa-biasa je cukup makan je lah senang cerita. Dan guess what aku tak ditawarkan course apa-apa kat universiti even matriks and lagi sedihnya sedara-mara, jiran-jiran pon pandang aku ni sebelah mata je. Biasa lah mulut acik bawang kan. Penat lah aku nak layan. Ye la aku ni anak cikgu so orang expect tinggi ah and kebanyakkan anak-anak kawan mak kau semua ditawarkan course bagus-bagus even ada yang pergi luar negara. So aku in lowest point lah aku rasa lah waktu tu, aku stress dengan orang even dengan life sendiri. Bila kawan-kawan ajak keluar, aku sanggup duduk rumah tidur kau bayangkan lah hidup aku macam mana.
Tetiba aku rasa tak boleh jadi ni, aku nak kena tukar cara hidup jugak sampai bila aku nak jadi macam ni.Sanggup ke kau duduk rumah habiskan beras and susahkan parents je? So aku cari plan lain. plan pertama aku pergi kuptm sambung foundation in tesl dan stpm kalau aku nak study lah sebab time aku macam nak putus asa je study. peluang kedua adalah kerja. Time ni aku mula tgk lah feedback kat blog-blog lain. Mula cari motivasi and cari inspiration untuk teruskan hidup. On that moment aku buat keputusan untuk tak bekerja and sambung study. Bagi aku, kita kena sentiasa cari ilmu in life dan aku pun perempuan kan. Selagi ada minat study sila sambung study. Tapi if aku lelaki mungkin aku akan bekerja kot sebab ayah aku dulu pon lepas stpm dia terus bekerja cari wang untuk family dia. terus terang ayah aku ni berasal dari keluarga miskin tapi disebabkan dia rajin bekerja alhamdulillah family aku cukup makan, ayah boleh belikan apa-apa yang aku and adik aku nak. Ada masa aku cerita pasal ayah aku.
Ok back to our story, yang boleh aku katakan stpm ni bukan aku lah sebab study susah. So dalam otak fikir universiti swasta iaitu KUPTM tapi still aku masuk form 6 untuk minggu orentasi. Oh ya aku tak mohon rayuan upu untuk diploma mungkin sebab aku dah tawar hati ceh hahahaha.Sejujurnya aku taknak ambik diploma sebab dia jalan yang agak jauh. Bila aku dengar penjelasan guru-guru ni kan not bad jugak form 6 tapi kena struggle lah. Tetiba aku macam berminat nak ambik form 6. Gila betul aku time tu. Lepas tu aku dapat pulak foundation in tesl kat KUPTM. Aku mula pening and bingung dah. Aku nak buat apa ni? So aku decide untuk minta pertolongan Allah semoga urusan aku dipermudahkan. Aku tak dapat apa-apa mimpi pon tapi firasat kuat tu ada. Alhamdulillah, aku ambik form 6 and STPM. Macam tak percaya je kan aku ambik yang susah sekali geng!
Aku ambik STPM pun ada juga orang kutuk. Ingat lagi orang cakap " Ambik stpm je eh?" "Ala jadi budak sekolah lagi" "Nampaknya kau terikat lagi lah dengan peraturan sekolah" ada juga orang mempersoalkan aku kenapa tak ambik universiti swasta hahaha macam-macam lah. Mulut orang takkan pernah berhenti kutuk kita, so jadi diri kita sendiri lantak ah orang nak kata apa. Kita kenal diri kita sendiri kan. Selagi kau buat benda baik, teruskan. Jangan kau buat benda-benda bertentang pulak dengan syarak agama islam. Tapi kalau nasihat dari orang tu ambik lah juga jadikan dia positif dalam diri kita.
Esok aku akan sambung pengalaman form 6 aku pulak sememangnya perit tapi resultnya agak manis. Alhamdulillah. Have to go now! Peace! -fn
Comments
Post a Comment