Pengalaman STPM (Form 6)
Hi ! Haritu aku dah sharekan kat you guys tentang how my life selepas result SPM biasa-biasa je. Setelah berjanji dengan korang harini aku akan ceritakan pengalaman ambik STPM. Yang aku boleh katakan ambik STPM ni bukan calang-calang. So sesiapa yang ambik STPM dan dapat bertahan sampai akhirnya iaitu sem 3 memang aku bagi tabik spring ahh.Ada juga kata student STPM ni takde life sebab susah sangat belajar. Betul ke? Ye susah tau nak study STPM tapi apa yang kau study kat form 6 ni memang banyak membantu aku menjadi seorang manusia yang sangat tabah dan akan sentiasa berjuang dan aku helok je ni haa hidup lagi. Most of us pon ada impian kita sendiri. Kita tahu apa yang kita nak so work for it baby! Orang kata Hustle demi Hasil ! Okey sesiapa yang tak tahu lagi STPM sekarang dah tukar cara pembelajaran dia. Sekarang dah ada sistem sem gais so agak mudah lah nak study. Paper sem 1 dan sem 2 boleh repeat so selagi tak dapat A aku sarankan kau ulang ikut lah kemampuan tenaga kau nak study and duit (satu subjek RM 50) cuma paper 3 ni je tak boleh repeat ye.
SEM 1
Sejujurnya sem 1 ni aku masih bersedih sebab kebanyakkan kawan-kawan aku dah takde. Dorang pergi masuk diploma di universiti awam atau universiti swasta. Kat sini kau baru kenal mana kawan mana musuh dalam selimut yang jatuhkan kau. "Apa kelas ambik STPM doh?!" Aku mula mcam hilang semangat dan terkial-kial dengan cara study STPM. STPM ni lain cara nak belajar dia. Tak macam SPM, dulu boleh je last minute study 3 bulan akhir tu kalau nak pulun boleh lagi. Kalau kau buat macam tu time STPM, kau nak mampus ke dik? HAHAHAHA itu je lah boleh aku katakan. Ni based yang aku belajar ah dari pengalaman aku. Result sem 1 aku teruk sebab aku lambat tangkap cara belajar STPM. So aku decide untuk ulang semua sebab cikgu-cikgu semua kata tak rugi dan memang betul pon tak rugi. Alhamdulillah. Ni antara subjek yang aku ambik dan result sem 1 aku.
- PENGAJIAN AM - C+
-BAHASA MELAYU - B+
- EKONOMI - E
-SEJARAH- F
Agak teruk kan gais? Tapi takpe nanti aku sharekan lagi tips belajar STPM
SEM 2
Okey kat sini aku dah tahu rentak STPM and cara nak score subjek yang aku ambik kat STPM. Sem ini jugak lah ramai yang akan keluar form 6 sebab dah tak tahan dengan tekanan study tu. Aku masih bertahan. Proud of it walaupun result macam tak nampak usaha tu. Sem ni jugak kau akan belajar cara nak buat tesis/kerja kursus. Lepas kau dah buat tesis ni kau akan bentang kat cikgu-cikgu tentang tesis kau. Benda ni semua akan dipakai balik time kau degree, master and PHD. Wow kelebihan untuk kita disitu. Kalau ada pelajar-pelajar STPM yang nak tengok kerja kursus and contoh slide aku boleh dm aku kat insta @fatinnes. Sem ni juga lah aku belajar uruskan macam-macam jenis program. Aku pon join banyak aktiviti juga ada yang menang ada yang kalah biasa lah adat pertandingan kan. Macam aku kata tadi, aku dah tahu cara pembelajaran yang sesuai untuk STPM ni adalah tips-tipsnya:
- Pengajian Am : Pengajian am ni walaupun kau kata senang, ni adalah subjek yang kau tak boleh guna kepala otak sendiri memang kena ikut buku mpm tu (warna hijau) jangan beli buku lain kecuali buku latihan tapi kalau tak beli pon tak pe sebab banyakkan buat soalan pass year lagi bagus. Hafal setiap keyword. Try mahirkan part karangan dan excellentkan part bahagian graf untuk sem 2. Pengajian am ni mmg perlukan hafal dan latihan yang banyak.
- Bahasa Melayu : Sama juga hafal dan latihan. Tapi bagi aku bahasa melayu ni okey cuma kau kena mahir tatabahasa. Itu sahaja. Bahasa Melayu STPM ni lain, tak perlu ayat-ayat yang bombastik dan panjang pon. Dia nak tgk tatabahasa je. Bina ayat yang mudah dan penggunaan tatabahasa yang betul dan tiada kesalahan tatabahasa. Tulisan kena jaga kalau tak orang yang semak kertas kau pening kalau tulisan kau cakar ayam dik.
- Ekonomi : Em ni lah subjek paling lemah aku. Aku just hafal jawapan. Selalu tanya cikgu kalau tak faham. Memang kerap lah aku jumpa cikgu aku dulu takut dia meyampah je tengok muka aku. Buat latihan. Hafal keyword penting. Itu je aku buat. Mahirkan bahagian yang senang dapat markah iaitu bahagian pilihan jawapan ABCD tu tau.
- Sejarah : Subjek yang aku fail sem 1 so macam mana aku study? Hafal satu buku ya! Jadikan buku sejarah kawan baik anda. so macam mana nak hafal sejarah ni? Buat nota. Step 1 buat nota tengok buku. ambik isi penting, huraian dan huraian lengkap. Step 2 buat bita lagi. Step 3 buat nota tanpa tgk buku dan terus buat latihan karangan.
Untuk kerja kursus buat ikut apa yang cikgu nak. Baiki selagi ada masa. Ni adalah result sem 2 dan result kerja kursus aku.
- PENGAJIAN AM - B (KERJA KURSUS A)
-BAHASA MEALYU - A- (KERJA KURSUS A)
-EKONOMI - C+ (KERJA KURSUS A)
-SEJARAH - C+ (KERJA KURSUS A)
SEM 3
Okey time ni ramai juga yang keluar form 6 walaupun dah sem yang terakhir ada jugak yang stay teruskan perjuangan walaupun hasil tak de. Takpe rezeki orang lain-lain. Sis ada. Sem ni bagi aku biasa-biasa je tak lah istimewa sangat. Sem ni ekonomi bagi aku sangatlah susah so adik adik please prepare. Sem agak stressful jugak sebab kena bahagi masa belajar balik apa yang anda ulang tu tapi okey je jangan stress sangat k.Sem ni jugak ramai talam dua muka tak semua lah. Sem 1 dengan sem 2 kita tak nampak lagi true colours orang kan? Bila lama-lama tu dah nampak lah apa yang kita boleh buat sekadar diamkan diri dan jauhkan diri. Dah orang tak suka what you expect kan guys?Sem ni aku tak pergi sekolah sangat sebab aku penat sangat-sangat dah dengan orang yang cakap belakang ni semua. Sem ni banyak uji kesabaran aku. Ramai ahli keluarga aku pergi tinggalkan aku, muscle aku terkoyak jatuh tangga kat sekolah. Hahahaha takpe takdir Allah sentiasa terbaik. Tapi semua tu tak melemahkan aku. Aku bangkit lawan balik dengan pembelajaran kita. Aku mengaku aku bukan pelajar yang sekolah target dapat 4.00 tapi sekadar dapat tempat ke universiti pilihan sudah memandai bagi aku. Kita jadi diam diam ubi berisi je geng! Thank you juga sesiapa yang ada dengan aku and sudi berkawan dengan aku time form 6. Ni result aku untuk sem 3 :
- PENGAJIAN AM - B-
-BAHASA MEALYU - B- (KERJA KURSUS A)
-EKONOMI - C-
-SEJARAH - B+
Manakala ni result aku untuk keseluruhan STPM :
- PENGAJIAN AM - B-
-BAHASA MEALYU - B+
-EKONOMI - C+
-SEJARAH - B+
Alhamdulillah ada kenangan manis dan pahit dalam form 6 ni tapi syukur ya allah dapat menghabiskan STPM dengan baik. Result aku okey dan aku puas hati dengan ending STPM. Nasihat aku, start study awal, jangan fikir orang, do your best for your own seek. Dengan result aku tu aku dapat menempatkan diri di Universiti Malaysia Perlis atau dikenali sebagai UNIMAP dalam course sarjana muda komunikasi dan media baharu. Nak moho upu pon ada tipsnya tau kalau nak tahu boleh tanya aku and dm insta aku@fatinnes. K tu je yang aku boleh kongsi dengan korang ada lagi cerita yang tak boleh aku kongsikan sebab personal matters. Peace! 💗 - fn
Boleh saya tahu awak sambung degree di mana dan kos apa?
ReplyDeleteDalam sijil sebenar(semua sem) ulangan dinyatakan?
ReplyDeleteDi harvard
ReplyDelete